fbpx

RM10,000 untuk galakkan aktiviti basikal di KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Fadzil (Tengah) bersama-sama dengan bekas atlet-atlet berbasikal negara di Kelab Diraja Selangor hari ini.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 untuk menyokong aktiviti berbasikal di bawah Kelab Berbasikal Bandaraya Kuala Lumpur.

Sumbangan itu diserahkan sempena penganjuran Kayuhan Amal Mesra 50 Tahun Wilayah Persekutuan sebagai penghargaan kepada bekas atlet berbasikal negara atas sumbangan mereka dalam memajukan sukan berbasikal di Malaysia.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, sumbangan itu sebagai sokongan terhadap kelab dan persatuan sukan yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesejahteraan warga kota, khususnya di Kuala Lumpur.

“Sebagai Ahli Parlimen di Kuala Lumpur, saya merasakan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memberi sokongan kepada kelab-kelab yang bernaung di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana mereka banyak membantu masyarakat setempat,” katanya semasa Majlis Jamuan Teh Penghargaan dan Penyampaian Sumbangan Bekas Atlet Berbasikal Negara di sini hari ini.

Kayuhan Amal Mesra 50 Tahun Wilayah Persekutuan yang berlangsung sebelum ini telah menarik lebih 400 peserta. Acara tersebut melibatkan laluan sejauh 15 kilometer yang merentasi mercu tanda utama di sekitar Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI