fbpx

Ringankan ‘sakit’ LA, selebriti Hollywood tabur jutaan ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIAR turut sama terjejas, selebriti Hollywood ini memggunakan kekayaan mereka untuk membantu meringankan meringankan kos dan beban mangsa-mangsa kebakaran di Los Angeles.

KEBAKARAN di Los Angeles (LA) sejak 6 Jun lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 25 mangsa dan memusnahkan lebih 12,000 bangunan meraih perhatian dunia.

Hingga kini lebih 8,500 anggota bomba dan petugas keselamatan menyabung nyawa memadamkan api yang masih menggila beserta angin Santa Ana memungkin risiko merebak ke bandar lain.

Menurut Financial Times, anggaran kerugian yang dihadapi Amerika Syarikat (AS) kini sekitar RM608 bilion sehingga RM676 bilion sekali gus menjadikan tragedi ini sebagai ‘The Cosliest Disaster in US History.’

Ketika ramai selebriti turut kehilangan harta benda, ada selebriti Hollywood lain tampil bermurah hati menyumbang dana nagi meringankan beban hampir 200,000 penduduk kawasan terjejas.

Jamie Lee Curtis

Pelakon Jamie Lee Curtis bersama suaminya, pengarah Christopher Guest menyerahkan sebanyak RM4.5 juta menjadi antara selebriti terawal yang tampil membantu mangsa.
Curtis yang juga duta Palang Merah Amerika Syarikat turut muncul dalam program bual bicara The Tonight Show Starring Jimmy Fallon bagi menggalakkan masyarakat untuk menolong dan turut membantu.
“Berikan apa sahaja, wang, bekalan darah, tempat pelindungan haiwan, apa sahaja yang mampu,” ujarnya.

Beyonce

Penyanyi Beyonce menerusi Beyoncé’s BeyGOOD Foundation menyumbang sebanyak RM11.2 juta kepada tabung L.A. Fire Relief Fund. Jumlah berkenan untuk membantu mangsa di Altadena dan Pasadena, termasuk membina semula pusat komuniti dan gereja. Beyonce bersama keluarganya turut memiliki kediaman agam di Malibu bernilai RM3.6 bilion, namun tidak dapat dipastikan sama ada rumah itu terjejas atau tidak.

Halle Berry

Aktres Halle Berry bersama temannya, Sharon Stone membantu penduduk yang terjejas dengan cara unik iaitu menyerahkan pakaian terpakai mereka kepada butik +COOP.
Kedua-dua bintang Catwoman itu mengakui mengosongkan almari baju mereka selain menyarankan seluruh anggota masyarakat turut berbuat perkara sama.
Katanya, mangsa yang memerlukan pakaian berikutan rumah musnah dijilat api boleh mengambil keperluan di mana-mana lokasi terdekat.

Paris Hilton

Anak mogul hotel dunia, Paris Hilton yang kehilangan rumah di Pasific Palisades turut membantu mangsa lain dengan melancarkan satu tabung bantuan. Dana bantuan kecemasan itu disalurkan menerusi pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, 11:11 Media Impact. Paris menyumbangkan sebanyak RM450,000 iaitu sebagai tambahan daripada poketnya, manakala pertubuhan tersebut menyerahkan sebanyak RM450,000 sebagai tambahan.

Kylie Jenner

Adik bongsu selebriti Kim Kardashian, Kelly Jenner menyumbang sejumlah wang kepada California Fire Foundation Wildfire & Disaster Relief Fund iaitu badan bawah pertubuhan California Fire Foundation. Jutawan kosmetik dan produk kecantikan itu mengakui terkesan melihat ramai keluarga kehilangan tempat tinggal termasuk rakan-rakannya.
Begitupun, personaliti popular berusia 27 tahun itu memilih untuk merahsiakan jumlah derma yang dihulurkan.

Eva Longoria

Aktres kecil molek, Eva Longoria menyumbangkan sebanyak RM200,000 kepada organisasi This is About Humanity. Wang berkenaan untuk diagihkan kepada keluarga yang terjejas dan petugas barisan hadapan yang menyabung nyawa memadamkan kebakaran. Bintang filem The Sentinel itu turut mengumumkan akan menyerahkan RM4.5 juta daripada RM225 juta yang diterima daripada pengasas Amazon, Jeff Bezos tahun lalu bagi membantu kerja memadamkan kebakaran.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI