JAKARTA – Seorang penghantar e-hailing berdepan detik menyeramkan apabila menemui lembaga putih dipercayai puntianak ketika menghantar penumpang pada waktu malam, lapor portal berita Tribunews semalam.
Kejadian berlaku di sebatang jalan menghubungkan Tangerang ke Parung Bogor dalam wilayah Jawa Barat.
Rakaman kejadian dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @gunungsindurbogor memaparkan pemandu itu melalui jalan sepi dan gelap.
Situasi bertambah cemas apabila dia melihat lembaga berbaju putih dan berambut hitam muncul di tepi jalan.
Susuk didakwa puntianak itu juga hanya berdiri memandang mereka.
Menurut individu yang merakam kejadian, dia mengalami demam selama seminggu selepas itu. – AGENSI