fbpx

Ribut petir landa 11 negeri sehingga lewat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri sehingga pukul 7 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat adalah Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,

“Bagi Kedah kawasan terjejas adalah Baling, manakala di Perak hujan lebat dijangka melanda Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim,” katanya.

Bagi Terengganu, cuaca buruk diramalkan di kawasan Besut dan Setiu, manakala di Pahang kawasan terlibat adalah Bentong, Bera dan Rompin.

Keadaan sama turut diramalkan berlaku di seluruh Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Johor turut tidak terkecuali dari ribut petir yang dijangka melanda kawasan Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat.

Bukan itu sahaja, di Sarawak, kawasan dijangka mengalami cuaca yang tidak menentu adalah Miri (Subis)

Penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan harta benda akibat angin kencang.

Orang ramai turut disarankan untuk menangguhkan aktiviti luar dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI