fbpx

Pusat tahanan di Laos minta wang tebusan AS$20,000 – MHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia berjaya dibebaskan dari pusat tahanan di Laos

SEPANG – Tindakan pantas pihak Kedutaan Besar Malaysia di Laos berjaya membantu dua mangsa pemerdagangan manusia dilepaskan dari lokap tanpa perlu membayar wang tebusan seperti yang diminta oleh pusat tahanan di negara berkenaan,

Aktivis Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Azirul Syafiq Sazali berkata, pihaknya terkejut apabila diminta membayar wang tebusan sebanyak AS$20,000 (kira-kira RM90,120) semasa mahu membebaskan mangsa.

Menurut beliau, pusat tahanan itu dikendalikan oleh pasukan polis persendirian dalam kawasan zon ekonomi khas Segi Tiga Emas Laos.

“Kami menghubungi kedutaan di ibu kota Vientiane yang turut terperanjat apabila diberitahu. Pegawai canseri kita segera hantar nota diplomatik kepada Kementerian Luar Laos bagi menuntut penjelasan rasmi. Pihak keselamatan negara itu bergegas ke depoh tahanan tersebut dan mengarahkan pengurusannya membebaskan mangsa tanpa syarat,” katanya.

Terdahulu, Azirul Syafiq mengiringi dua mangsa diselamatkan MHO yang tiba dari Chiang Rai, Thailand di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Salah seorang mangsa yang cuma mahu dikenali sebagai Haziq Afian, 23, dari Johor Bahru, Johor berkata, dia menjadi mangsa kerana terpedaya dengan tawaran pekerjaan menerusi laman sosial.

“Saya (semasa bekerja di Laos) banyak kali didenda potong gaji, tetapi ada mangsa yang diseksa, dipukul patah tangan menyebabkan mereka takut menyelamatkan diri apabila berpeluang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI