fbpx

Piala Malaysia: Tok Gajah sedia ‘langgar’ Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HIDALGO mampu cergas untuk membantu Sri Pahang turun menentang Sabah malam ini. - FB SRI PAHANG

PERANCANG sensasi Sri Pahang, Manual Hidalgo kini sudah bersedia untuk menjadi wira pasukan menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang ketika bertandang ke Stadium Likas Kota Kinabalu malam ini.

Jurulatih skuad Tok Gajah, Fandi Ahmad mengakui Hidalgo sudah mula menjalani latihan bersama pasukan awal minggu ini selepas tersisih ekoran kecederaan pada aksi Liga Super bertemu Negeri Sembilan (NSFC) minggu lalu.

Menurut Fandi, kehadiran Hidalgo cukup penting untuk membantu pasukan selain mencipta ruang dan peluang di bahagian serangan buat rakan-rakan seperti Kpah Sherman dan Mykola Ahapov.

“Saya gembira apabila semua pemain utama boleh beraksi, mereka bebas dari kecederaan dan penggantungan termasuk Hidalgo.

“Pada aksi pertama ini, saya berharap pemain lain terutama di bahagian pertahanan juga memberi sepenuh perhatian di atas padang.

“Harapan agar pemain semua dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dah memberi yang terbaik untuk mendapat bekalan apabila pulang ke Temerloh nanti,” katanya kepada Kosmo!

Sementara itu, jurulatih dari Singapura itu mahu barisan pemain berwaspada dengan kekuatan tuan rumah yang mempunyai kelebihan terutama ketika bertahan.

“Kita perlu mengurangkan kesilapan kerana Sabah mempunyai ramai pemain berkebolehan tinggi dan pasti tidak mahu tewas di laman sendiri.

“Pasukan harus siap sedia dengan serangan lawan dan saya mahu pemain kekal tenang dengan mengekang setiap asakan mereka,” katanya.

Pahang kini berazam untuk menamatkan penantian 11 tahun untuk melangkah ke pentas final Piala Malaysia buat kali pertama sejak bergelar juara edisi 2014.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI