KOTA TINGGI – Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 50.8 Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu meragut nyawa mangsa Muhammad Amirul Amri Nordin, 20 yang maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kemalangan itu yang melibatkan motosikal jenis Yamah NVX (ABS) ditunggang mangsa dengan treler Hino dipandu lelaki tempatan berusia 45 tahun.
“Kemalangan tersebut mengakibatkan penunggang motosikal mengalami cedera parah di bahagian kepala dan kaki serta meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan siasatan manakala pemandu treler terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE