fbpx

Penempatan pekerja asing diserbu, 76 PATI ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penempatan warga asing diserbu penguuat kuasa semalam. FOTO JIM

PETALING JAYA – Seramai 76 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan dalam serbuan di sekitar Shah Alam dan Kajang, tengah malam tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi dijalankan di dua daerah itu pada pukul 12.05 tengah malam.

Katanya, operasi ini telah dilaksanakan dengan kekuatan 113 pegawai pelbagai pangkat daripada Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA, Bahagian Perisikan dan Operasi Khas serta Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

“Dalam operasi ini, seramai 374 warga asing telah diperiksa dan hasilnya, 76 PATI yang berusia di antara 20 hingga 55 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Mereka ditahan terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal, Myanmar, Indonesia, Pakistan dan India,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan diambil susulan aduan awam berhubung PATI yang disyaki tinggal di penempatan tersebut tanpa memiliki pas dan dokumen pengenalan diri secara sah.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966.

“Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas, Johor untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI