fbpx

MotoGP: Aprilia bawa 10 jentera ke Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIN (kanan) dan Bezzecchi menjadi sandaran Aprilia untuk menuai kejayaan pada saingan musim baharu ini. - MOTOGP

LONDON – Aprilia Racing mengumumkan persiapan besar menjelang perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2025 apabila bakal membawa 10 jentera RS-GP versi terkini pada sesi ujian di Litar Antarabangsa Sepang bulan depan.

Musim ini, Aprilia dilihat lebih serius dalam pembangunan jentera selepas berjaya membawa masuk juara dunia 2024, Jorge Martin selain diperkuat dengan kehadiran Marco Bezzecchi.

Pengurus Aprilia, Paolo Bonora mengesahkan semua empat pelumba utama mereka termasuk dari pasukan satelit akan menerima dua motosikal baharu untuk setiap seorang selain dua unit buat pelumba ujian, Lorenzo Savadori.

“Ini usaha terbesar kami setakat ini. Kami berterima kasih kepada semua yang terlibat bersama projek Aprilia Racing. Kami akan melakukan persiapan terbaik bagi musim 2025,” kata Bonora.

Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia Racing, Massimo Rivola turut meluahkan keterujaan dengan wajah baharu pasukannya termasuk perubahan dalam struktur pentabdiran mereka.

“Banyak perubahan berlaku, termasuk kehadiran Fabiano Sterlacchini sebagai pengarah teknikal baharu. Motivasi kami sangat tinggi,dan kami tidak sabar untuk menguji semuanya di Sepang.

“Kami membawa nombor #1 ke pasukan dan dengan pencapaian sebelum ini, kejuaraan mesti menjadi sasaran utama kami,” katanya.
Sepanjang penyertaan Aprilia di pentas MotoGP, pasukan berpangkalan di Scorze, Itali tersebut berjaya melakar lapan kemenangan Grand Prix (GP) dan sprint menerusi Aleix Espargaro serta Maverick Vinales dalam beberapa musim terakhir.

Rekod terbaik Aprilia dalam perlumbaan MotoGP adalah meraih tempat keempat keseluruhan yang berjaya diraih oleh Espargaro pada 2022. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI