fbpx

Mayat lelaki alami masalah mental ditemui dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa mayat mangsa ke PKB setelah ditemui di dalam sungai di Kampung Changkat Parah di Parit petang tadi.

PARIT – Seorang lelaki yang mengalami masalah mental dan dilaporkan hilang kelmarin ditemukan mati dalam sungai di Kampung Changkat Parah di sini pukul 4.10 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat mangsa, Rosidi Nor, 43, berjaya ditemui pada jarak 3 kilometer (km) dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

“Mangsa pada mulanya disyaki hilang di dalam hutan namun dipercayai telah menuju ke arah Sungai Perak berikutan penemuan kasut dipercayai milik mangsa di tebing sungai pada pagi tadi.

“Ketua operasi telah mengarahkan anggota membuat pencarian bermula dari pagi tadi dan mengesyaki mangsa telah terjatuh ke dalam sungai,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil pencarian di dalam hutan juga gagal menemui sebarang petanda dan hanya menemui kasut milik mangsa.

Sabarodzi berkata, pencarian diteruskan dengan menggunakan bot aluminium dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit, BBP Seri Iskandar dan bot Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan melakukan surface searching sehingga menjumpai mayat mangsa pada jarak pencarian sejauh 3km.

“Mayat mangsa kemudiannya diangkat ke dalam bot dan dibawa ke pusat kawalan bomba (PKB) untuk pengecaman dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Katanya, operasi yang bermula semalam dengan kekuatan 23 anggota JBPM itu tamat pada pukul 5.30 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI