fbpx

Keluarga tidak sabar tunggu kepulangan 3 nelayan hanyut ke Aceh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga nelayan menanti masa untuk dibawa pulang ke negara ini selepas ditemui hanyut di Acheh Tamiang, Indonesia pada 13 Januari lalu.

SUNGAI PETANI – Tiga nelayan yang hilang di laut semasa keluar merawai di perairan Pulau Payar, dekat sini pada 9 Januari lalu sebelum ditemui selamat di Indonesia dijangka dibawa pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

Menurut Asmawadi Zainol, 43, dia dimaklumkan proses dokumentasi dan prosedur lain oleh pihak berkuasa Indonesia telah selesai dilakukan sebelum abangnya, Asrulhisham, 47, bersama anak saudara serta seorang lagi nelayan dapat dihantar pulang.

Katanya, perkara itu dimaklumkan pihak Maritim Malaysia (APMM) pada semalam.

“Saya turut diberitahu proses penghantaran mereka akan dilakukan segera tetapi bergantung kepada keadaan laut kerana mereka akan dibawa pulang menggunakan kapal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, mereka sekeluarga sebenarnya tidak sabar untuk bertemu dengan abangnya itu beserta anak saudaranya, Shahril Aiman, 16, serta dan kenalan, Mohamad Amin Sufian, 30, kerana ia merupakan kali pertama mereka terpisah lama.

Menurutnya, sejak menerima perkhabaran gembira Isnin lalu, dia dan kakak serta tiga lagi adik perempuan banyak menghabiskan masa di rumah ibu mereka, Halimah Saari, 67, di Kampung Pengkalan Batu Melintang, Tikam Batu di sini bagi membuat persiapan untuk menyambut kepulangan abang dan anak saudara.

“Sekarang kami hanya menunggu pemakluman berkaitan masa dan tarikh sebenar proses penghantaran itu sahaja yang dijangka dalam masa terdekat ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI