fbpx

Kawasan Melayu, Islam di Ipoh tuntut tiada penjualan arak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi (empat dari kiri) menandatangani plak perasmian Kafe Feng Cha di Canning 2, Ipoh. hari ini. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Terdapat desakan di beberapa kawasan dalam Ipoh yang majoriti penduduk Melayu dan Islam menuntut supaya tiada penjualan arak di kawasan mereka.

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, kumpulan tersebut mahu mahu larangan itu dilakukan sepertimana tindakan sama berlaku di Gugusan Manjoi iaitu penempatan yang hampir sepenuhnya adalah masyarakat Melayu dan Islam.

Jelasnya, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerima sebarang permintaan daripada penduduk namun perkara itu akan dikaji terlebih dahulu dari segi kelulusan.

“Sekarang ini di kawasan-kawasan majoriti Melayu selain Manjoi mendesak buat seperti di Manjoi. Secara prinsip kita bersetuju, tetapi kita nak lihat kawasan terbabit satu-persatu. Buat masa ini tidak dilaksanakan lagi,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian restoran Cafe Fengcha di sini hari ini.

Semalam, Ahli Majlis MBI, Hamzah Hamdan memuat naik tangkap layar dalam laman Facebooknya berhubung cadangan tidak membenarkan jualan runcit dan borong bagi produk minuman keras atau alkohol.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat berkata, dirinya mewakili golongan belia Islam dan beberapa Ahli Majlis MBI berjuang untuk menghentikan penjualan arak atau minuman keras di kawasan orang Melayu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI