TEL AVIV – Kabinet Israel hari ini meluluskan perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan dengan Hamas, kata pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu seperti laporan laman berita Wion News.
Perjanjian berkuatkuasa esok itu dimuktamadkan selepas mesyuarat Kabinet selama enam jam.
“Kerajaan telah meluluskan rangka kerja pembebasan tebusan. Ia akan berkuat kuasa esok,” kata pejabat Netanyahu dalam satu kenyataan.
Perjanjian dipersetujui pada Rabu lalu itu akan menamatkan pertempuran dan pengeboman dalam peperangan paling dahsyat di Semenanjung Gaza.
Amerika Syarikat, Qatar dan Mesir menjadi pengantara dalam perjanjian gencatan senjata itu.
Berdasarkan perjanjian tersebut, minggu-minggu berikutnya juga akan menyaksikan pembebasan ratusan tahanan Palestin dari penjara Israel. – AFP/AGENSI