fbpx

Hujan lebat landa Pahang hingga petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang melanda negeri Pahang sehingga pukul 2 petang hari ini.

MetMalaysia memaklumkan dalam satu kenyataan hari ini, kawasan yang bakal terjejas adalah Kuantan, Pekan dan Rompin.

Penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan harta benda akibat angin kencang.

Orang ramai turut disarankan untuk menangguhkan aktiviti luar dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini.

Tambah MetMalaysia, cuaca cerah dan baik dilihat berlaku sekitar Lembah Klang serta negeri-negeri Timur seperti Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI