fbpx

Graduan UCMI diingat untuk berkerja secara amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Na’im ketika menyampaikan anugerah pelajar cemerlang kepada Dr. Wan Ahmad Fawwas Wan Fuad di WTCKL hari ini. Foto ISKANDAR ISHAK/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Para graduan Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) dinasihatkan untuk berkhidmat dan bekerja dengan mana-mana majikan dengan sepenuh hati, beramanah dan berintegriti di luar sana.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, para graduan jangan sama sekali terlibat dengan salah laku rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah.

Katanya, kesemua penyelewengan itu hanya akan menghancurkan nilai kehormatan diri dan kehidupan para graduan itu sendiri.

“Rezeki yang dicari biarlah menjemput barakah dengan nilai kejujuran dan keikhlasan. Di mana pun kita berada, sentiasalah menjaga maruah diri dan nama baik keluarga.

“Walau setinggi mana pun kejayaan yang kita kecapi, jangan pernah sama sekali, kita melupakan pengorbanan ibu bapa. Berbaktilah kepada ibu bapa dan keluarga masing-masing dengan ketulusan hati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Konvokesyen Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) kali ke- 15 di Pusat Dagangan Antarabangsa Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Pada Majlis Konvokesyen Kali Ke-15 itu, seramai 1,094 graduan telah berjaya menamatkan pengajian mereka dalam pelbagai peringkat dan bidang serta berjaya memenuhi keperluan Audit Bergraduat dalam program pengajian masing-masing merangkumi pelbagai disiplin ilmu.

Jelas Mohd Na’im, majlis konvokesyen kali ini juga, seramai 27 graduan daripada Professional Centre of Consultancy & LifelongLearning (PROCELL) turut diraikan pada majlis tersebut.

Beliau berkata, buat pertama kalinya, UCMI juga meraikan graduan Ijazah Sarjana daripada program Master in Business Administration (MBA) yang terdiri daripada empat pelajar tempatan dan dua pelajar antarabangsa.

“Program MBA ini mencerminkan komitmen UCMI dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi yang relevan dengan keperluan pasaran global, sekaligus membuka peluang kepada para graduan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI