fbpx

Fadhlina respon keluh kesah guru geografi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

 

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi maklum balas di laman media sosial terhadap komen seorang pendidik berkenaan pemeriksaan kertas Geografi yang sering diletakkan sebagai kertas akhir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Luah guru yang menggunakan akaun Nagina Augustine Lima di Facebook, sepanjang enam tahun mengajar subjek tersebut, Geografi merupakan kertas paling akhir kecuali pada tahun 2019.

“Hi YB, cikgu geografi di sini, boleh tak nak luah sikit, sepanjang enam tahun mengajar subjek Geografi SPM, paper ni asyik last paper, terpaling last pula tu, tahun 2019 kertas ini paling awal.

“Boleh tak Yb tahun ni bagi awal sikit subjek Geografi ? Ye lah walaupun subjek ni subjek elektif, tapi penting sebab subjek ini lah memberi kesedaran kepada masyarakat pentingnya alam sekitar.

“Semoga Yb dapat kabulkan permintaan saya dan guru geografi yang lain agar subjek ini tahun ni tidak menjadi subjek paling akhir, kadang-kadang subjek Geografi ni ditawarkan kepada budak kelas pertengahan dan belakang.

“Jadi, apabila terlampau akhir, motivasi mereka rendah untuk belajar bila kawan-kawan mereka yang tidak mengambil subjek Geografi sudah habis ujian, cikgunya pula yang beriya-riya, mohon pertimbangkan ya Yb, terima kasih,” tulis cikgu tersebut.

Fadhlina membalas komen seorang guru geografi di Facebook

Fadhlina membalas komen tersebut dan menjelaskan, beliau ambil maklum tentang perkara terbabit serta mengakui meminati subjek Geografi.

“Hai Cikgu. Saya ambil maklum. By the way, saya suka subjek Geografi,” balas Fahdlina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI