fbpx

EPL: Liverpool rombak jentera serangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOTA dijangka diletakkan dalam kesebelasan utama susulan prestasi cemerlang menentang Forest baru-baru ini. - AFP

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Arne Slot memberi bayangan bakal merombak jentera serangan yang dilihat semakin ‘tepu’ menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brentford di Stadium Komuniti Gtech malam ini.

Slot sebelum ini sering menggunakan tiga ‘serangkai’ diketuai Mohamed Salah, Luis Diaz dan Cody Gakpo untuk mengetuai jentera serangan The Reds sejak awal musim ini.

Namun, Liverpool seperti kehilangan sengat apabila hanya melakar tiga kemenangan daripada tujuh perlawanan terakhir sehingga menyaksikan Slot terpaksa menggunakan ‘Plan B’.

Pengendali dari Belanda itu mengakui kehadiran semula Diogo Jota mampu memberi dimensi baharu buat pasukan selepas tampil cemerlang ketika dimasukkan sebagai pemain gantian apabila meledak gol penyamaan 1-1 menentang Nottingham Forest baru-baru ini.

“Selepas tahun baharu, kita dapat lihat pasukan tidak dapat meraih keputusan yang diharapkan. Sudah tentu saya tidak akan berdiam diri, sebaliknya bakal mengubah taktikal sesuai dengan situasi semasa.

“Buat masa ini, saya gembira melihat Jota mula berada pada tahap terbaik kerana dia sudah cergas sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami.

“Harap dia dapat terus berikan impak jika diturunkan dalam kesebelasan utama nanti,” katanya.

Sementara itu, Jota mengakui terdesak untuk melihat The Reds terus melebarkan kedudukan selaku pendahulu EPL musim ini.

“Perjalanan liga masih panjang tetapi semua pemain berusaha untuk berikan seratus peratus tidak kira aksi di laman sendiri mahupun tempat lawan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI