fbpx

EPL: Kepenatan hampir jerat Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMAD mencipta sensasi apabila meledak jaringan hatrik dalam tempoh 12 minit terakhir perlawanan untuk United meraih kemenangan menentang Southampton awal pagi semalam. - AFP

MANCHESTER – Kedudukan Manchester United melonjak ke tangga 12 Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas bangkit mencatat kemenangan 3-1 ke atas Southampton pada perlawanan di Old Trafford awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, pasukan pelawat mendahului 1-0 menerusi gol sendiri Manuel Ugarte di minit ke-43 sebelum United bangkit hasil jaringan hatrik Amad Diallo dalam tempoh 12 minit terakhir permainan.

Walaupun berjaya meraih tiga mata penting, namun pengurus United, Ruben Amorim masih belum berpuas hati dengan aksi keseluruhan ditampilkan pemain-pemainnya apabila dilihat bergelut menentang pasukan tercorot liga itu.

“Ia bukanlah satu perlawanan yang baik untuk kami kerana selepas aksi bertemu Arsenal dan Liverpool, saya fikir semua pemain masih penat. Kami menunggu hingga lewat permainan untuk menjaringkan gol.

“Saya tidak terkejut dengan aksi Southampton. Saya mengenai pengurus mereka dan cara beliau gunakan. Mereka menjadikan intensiti sebagai senjata, selain banyak perebutan biola yang dimenangi mereka,” katanya.

Bekas jurulatih Sporting Lisbon itu turut memuji aksi ditampilkan Diallo yang berjaya meledak hatrik bagi membantu kemenangan United, namun menganggap masih banyak perlu diperbaiki pemain berkenaan.

“Dia (Diallo) melakukan tugas yang sangat baik tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki. Kalau boleh, saya tidak mahu kami terlalu bergantung kepada seorang pemain kerana semua pemain ada tanggungjawab yang sama,” ujar Amorim. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI