fbpx

EPL: Brentford idam kejutkan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBEUMO (tengah) bakal mengucar-kacirkan benteng pertahanan Liverpool menjelang aksi EPL malam ini. - AFP

LONDON – Pengendali Brentford, Thomas Frank percaya anak-anak buahnya memiliki potensi untuk kekal konsisten sekali gus mengecewakan Liverpool pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Komuniti Gtech malam ini.

Sebagai rekod, The Bees ketika ini berada pada prestasi terbaik apabila berjaya mendominasi perlawanan selepas mencipta kejutan dengan mengikat juara bertahan, Manchester City 2-2 pada awal minggu ini.

Menurut Frank, komitmen yang sama diperlukan jika pasukan mahu meraih mata berharga bertemu The Reds yang mendahului liga ketika ini dengan kelebihan empat mata ke atas pencabar di tangga kedua, Arsenal.

“Perlawanan menentang City adalah berbeza kerana kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan terbuka yang membolehkan kami memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol.

“Sudah tentu kalau boleh kami mahu melakukan taktikal yang sama ketika bertemu Liverpool. Namun, saya jangka situasi itu tidak berlaku kerana mereka cukup bagus sewaktu melakukan serangan balas pantas,” katanya.

Sementara itu, Frank turut menutup segala ruang buat Liverpool yang dikhabarkan mahu menandatangani khidmat penyerang sensasi pasukan, Bryan Mbeumo dengan nilai sebanyak £60 juta (RM330.3 juta) pada jendela perpindahan Januari ini.

“Ini adalah persoalan yang cukup mudah kerana jawapan saya adalah tidak (perpindahan itu tidak akan berlaku pada bulan ini),” kata pengendali dari Denmark itu. – AGENSI

Selain Liverpool, Arsenal turut menyatakan minat mereka untuk mengikat Mbeumo yang kini menjadi sandaran utama Brentford menggisi kekosongan ditinggalkan Ivan Toney selepas berhijrah ke Arab Saudi bersama Al-Ahli musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI