fbpx

EPL: Bournemouth mudah ‘ratah’ Newcastle United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HATRIK Justin Kluivert (kanan) memastikan Bournemouth menang bergaya dengan menewaskan Newcastle United 4-1 di St James Park. - AFP

 

LONDON – Hasrat Newcastle United untuk mencipta rekod 10 kemenangan berturut-turut tidak terlaksana selepas tewas 1-4 kepada Bournemouth di St James Park, sebentar tadi.

Bintang sensasi pelawat, Justin Kluivert muncul pemusnah buat The Magpies apabila merakam hatrik sekaligus memastikan The Cherries kekal tanpa kalah dalam 11 perlawanan berturut-turut.

Keputusan kali ini pastinya beri tamparan besar buat Newcastle United dan kini berisiko terkeluar daripada kelompok empat pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris.

Malah rekod baik penyerang tuan rumah, Alexander Isak yang menjaringkan gol dalam lapan perlawanan sebelum ini turut menemui titik noktah.

Terahulu, Kluivert memerlukan enam minit untuk membuka jaringan namun kelebihan itu hanya bertahan 19 minit apabila Bruno Guimaraes kembali menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun, Kluivert memastikan Bournemouth berada di depan bagi tempoh 45 minit pertama apabila meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-44.

Masa kecederaan babak kedua nyata menjadi detik paling mengecewakan buat The Magpies apabila melepaskan dua lagi gol menerusi Kluivert dan Milos Kerkez. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI