fbpx

Ditahan bersama 58kg daun ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian bungkusan daun ketum kering yang dijumpai di dalam sebuah bilik di rumah yang diserbu di Paka, Dungun semalam.

DUNGUN – Seorang pemuda disyaki aktif mengedar air ketum ditahan bersama lebih kurang 58 kilogram dedaun kering dipercayai daun ketum di Paka di sini semalam.

Suspek berusia 28 tahun diberkas dalam serbuan di sebuah rumah pada pukul 5.20 petang.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, serbuan dilakukan selepas menerima aduan awam berhubung penjualan air ketum yang didakwa berleluasa di mukim Paka sejak akhir-akhir ini.

“Serbuan menemui sebuah plastik sampah yang mengandungi ceraian dipercayai daun ketum di luar rumahnya.

“Pemeriksaan lanjut kemudiannya turut menemui longgokan daun juga disyaki daun ketum di dalam salah sebuah bilik di rumah berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Maizura berkata, serbuan juga menjumpai enam botol mengandungi cecair disyaki ubat batuk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI