PETALING JAYA – Seorang bapa mencuri tumpuan selepas menghadiahkan motosikal SYM Husky 150 berwarna putih kepada anak perempuannya yang masih bersekolah.
Dalam sebuah hantaran TikTok oleh @Encikmax, remaja tersebut, lengkap berbaju sekolah, terkejut apabila pembantu jualan membuka kain penutup motosikal sebagai kejutan.
Sejurus melihat motosikal idamannya, dia memeluk bapanya yang tersenyum bangga melihat reaksi terujanya. Pada saat ke-24 video, mereka berdua dilihat membonceng motosikal baharu meninggalkan kedai.
Hantaran itu telah meraih pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-rata mengusik dengan mengatakan niat sebenar bapa itu mungkin membeli motosikal itu kerana minatnya sendiri.
“Sebenarnya, itu alasan bapanya nak beli motosikal tapi gunakan anak untuk mengaburi orang rumah supaya dapat pergi ‘ride’ di masa akan datang,” ujar Tuan Azreen.
“Harap-harap anak aku berkenan motosikal best (seronok) masa depan. Ada alasan nak tukar baru,” kata Jempol.
“Nampak gembira anaknya yang pakai baju hitam (bapa) tu,” usik Hba. – KOSMO! ONLINE
@encikmax Cinta Pertama Seorang perempuan adalah Ayahnya 🥹. Terima Kasih Tuan sudi berurusan dengan saya 🤲🏻 #maxmotormurah #symhusky150 #mforcemalaysia #sym ♬ original sound – Boss Max