fbpx

[VIDEO] Dua lelaki didakwa simpan 2,383 gambar, 400 video lucah kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIEN YOONG (baju biru) dan Xian Yi dituduh menyimpan video dan gambar lucah kanak-kanak di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru hari ini. -Foto BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas lima pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak dan bahan lucah, pada Disember tahun lalu.

Tertuduh Lim Xin Yi, 31, yang bekerja sendiri berdepan tiga pertuduhan manakala pemandu e-hailing, Goh Kien Yoong, 37, berdepan dua pertuduhan berasingan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin.

Di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim, Xin Yi berdepan dua pertuduhan iaitu mempunyai 2,172 keping gambar dan 400 video bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak, di dalam dua komputer berbeza.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di kira-kira pukul 10.30 malam di Jalan Hang Lekir 18, Taman Skudai Baru, Skudai di sini, pada 23 Disember tahun lalu.

Sementara itu, Kien Yoong berdepan satu pertuduhan iaitu memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak sebanyak 211 keping gambar dalam komputer riba.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira 9 malam di Jalan Indah 26/7, Taman Bukit Indah 2, Iskandar Puteri, di sini pada hari yang sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM10,000 atau keduanya, jika disabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin manakala kedua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan RM10,000 jaminan bagi setiap pertuduhan beserta dua syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada Mahkamah.

Di hadapan Majistret A.Shaarmini, Xin Yi berdepan satu pertuduhan iaitu menyimpan gambar dan video lucah di lokasi, masa dan tarikh yang sama dan mengaku bersalah bagi perbuatan tersebut.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 929 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatihah Mohd Nizam.

Mahkamah menetapkan Xin Yi didenda RM5,000 jika gagal bayar lima bulan penjara.

Di hadapan Majistret, Hidayatul Syuhada Shamsudin, Kien Yoong turut berdepan satu pertuduhan menyimpan gambar dan video lucah dalam telefon bimbit yang dilakukan di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Tertuduh mengaku salah bagi perbuatan tersebut mengikut Seksyen 929 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R.Nevina dan tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Heng Wang Qianwei.

Mahkamah menetapkan tertuduh didenda RM5,000 dan 12 bulan penjara jika gagal bayar denda tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI