fbpx

[VIDEO] Ayah redah hujan ikut anak kali pertama pandu kereta ke UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pasangan suami isteri sanggup meredah lebuh raya dalam keadaan hujan semata-mata ingin memastikan anak mereka selamat tiba di UiTM Kampus Jengka.

PETALING JAYA – Seorang bapa sanggup meredah lebuh raya dalam keadaan hujan bersama isteri semata-mata ingin memastikan anak perempuan mereka selamat tiba ke destinasi.

Melalui satu klip video tular di TikTok, lelaki tersebut menunggang motosikal bersama isteri bagi mengiringi anak gadis mereka yang pertama kali memandu kereta ke kolej di Pahang.

Video tersebut menyaksikan, pelajar tersebut memandu sebuah Perodua Axia berwarna putih yang dalam perjalanan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Jengka.

Difahamkan, anak pasangan itu akan menamatkan pengajiannya pada bulan hadapan dan itu merupakan kali pertama dia memandu kereta ke Jengka.

Bagaimanapun, ibu bapa pelajar tersebut dikatakan tidak sempat untuk terus menghantar anak kesayangan mereka kerana keadaan hujan lebat.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang menyifatkan lelaki itu seorang bapa terbaik.

“Mungkin naluri ayah yang mahukan anaknya selamat dalam perjalanan. Hebat ayah ini, tahniah adik dapat ayah terbaik macam ni,” kata Salwa Rosly.

“Tiba-tiba pula aku rasa sebak, memang seorang bapa sangat sayangkan anak perempuan dia, tambah- tambah lagi kalau anak tunggal,” kata Rukhairizul. – KOSMO! ONLINE

@hairyzal79 Bukan senang nk melepaskan..Kan @AlongNH79 #anaksorang #foryou ♬ original sound – Dan🦊

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI