PETALING JAYA – Pakaian seragam pramugari Malaysia Airlines dipilih sebagai antara 10 ‘uniform’ penerbangan terbaik dunia apabila berjaya berada di kedudukan kelapan mengatasi Hawaiian Airlines dan Alaska Airlines.
Rekaan sarong kebaya yang dinspirasikan oleh budaya tradisional Malaysia dan kombinasi warna biru putih itu dilihat menjadi perhatian masyarakat dunia sehingga mendapat pujian ramai pihak termasuklah pelancong asing.
Menerusi hantaran di Instagram, seasia.stats, seramai 1,000 responden daripada anak kapal menyertai tinjauan berkaitan pemilihan pakaian pramugari syarikat penerbangan terbaik seluruh dunia bagi tahun 2024.
Berada dalam senarai tiga terbaik dunia adalah Hainan Airlines diikuti Etihad Airways dan Vietnam Airlines.
Seterusnya, Emirates menduduki tempat keempat, kemudian Delta Air Lines, Turkish Airlines, Virgin Atlantik, Malaysia Airlines, Hawaiian Airlines dan terakhir Alaska Airlines. – KOSMO! ONLINE