fbpx

Terjun laut elak ditangkap seludup RM20,000 kayu bakau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kayu balak yang berjaya dirampas Maritim Malaysia di perairan Pulau Ketam.

KLANG – Dua lelaki dipercayai penyeludup kayu bakau bertindak terjun ke laut dan meninggalkan hasil kayu bakau bernilai RM20,000 di kedudukan 0.1 batu nautika barat daya jeti Pulau Ketam, di sini semalam.

Kejadian berlaku pukul 11.30 malam itu adalah hasil risikan dijalankan di perairan Selangor oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, bot maritim yang bertugas telah di atur gerak untuk melakukan penangkapan.

“Setibanya di lokasi, didapati bot tanpa nombor pendafraran berkenaan cuba melarikan diri.

“Dua lelaki dari bot sama telah terjun ke laut dan berenang ke daratan untuk melarikan diri,” katanya hari ini.

Jelasnya, hasil pemeriksaan terdapat 50 kayu bakau pada bot itu yang kemudiannya ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Akta Perhutanan negara 1984 iaitu memindahkan hasil hutan tanpa lesen atau permit yang sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI