fbpx

Terbuka India: Aaron-Wooi Yik ‘berpeluh’ ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON-WOOI YIK mara ke separuh akhir Terbuka India buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Kittinupong-Dechapol. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berdepan laluan sukar apabila dipaksa bekerja keras sebelum melayakkan diri ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka India.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Indira Gandhi, New Delhi sebentar tadi, bekas juara dunia itu memerlukan masa 39 minit untuk menewaskan beregu Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh 21-18, 21-18.

Kemaraan ke separuh akhir menyaksikan Aaron-Wooi Yik berjaya mengulangi pencapaian musim lalu ketika mereka beraksi pada kejohanan Jelajah Dunia Super 750 itu.

“Kami tahu mereka sentiasa bermain dengan konsisten dan tidak mudah untuk kami hari ini. Mereka bertahan dengan baik selain kami juga ada melakukan beberapa kesilapan sepanjang perlawanan.

“Bagi saya, kami masih berada dalam proses dengan prestasi sudah semakin baik. Kami mahu teruskan momentum seperti ini dan tidak letak harapan terlalu tinggi,” kata Wooi Yik kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Menjelang aksi separuh akhir esok, beregu No.5 dunia itu akan menantikan pemenang perlawanan antara pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dan Liang Wei Keng-Wang Chang dari China. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI