fbpx

‘Spider-Man’ mengaku salah hendap gadis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rogers memakai kostum seperti 'Spider-Man'. - Foto Polis Sussex

LONDON – Seorang lelaki  berpakaian seperti adiwira  ‘Spider-Man’ yang meninggalkan nota dan bungkusan tidak diingini di pintu rumah seorang wanita berumur berusia 24 tahun, mengaku bersalah mengganggu mangsa selama berbulan-bulan, lapor portal berita MailOnline. 

Mason Rogers mula menghendap mangsanya pada Februari 2024. Dia meninggalkan satu anak patung edisi terhad  pada 14  Februari 2024 di luar rumah wanita berkenaan dengan memakai kostum ‘Spider-Man’. 

Rogers mengaku bersalah atas pertuduhan menghendap yang melibatkan kebimbangan dan kecemasan yang serius apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Brighton,  baru-baru ini.

Susulan pengakuan bersalah, tertuduh direman dan akan dijatuhkan hukuman pada 31 Januari ini.

Siasatan polis mengenal pasti Rogers sebagai suspek dan dia kemudian ditahan di alamat rumahnya.

Pemeriksaan di rumahnya mendapati terdapat nama dan alamat mangsa tertulis pada sehelai kertas di bilik tidurnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI