fbpx

Sabalenka ‘berpeluh’ atasi pemain muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SABALENKA mengambil masa dua jam empat minit untuk menewaskan Tauson di pusingan ketiga Terbuka Australia hari ini. - AFP

MELBOURNE – Bintang tenis No. 1 dunia, Aryna Sabalenka terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain muda Denmark, Clara Tauson untuk menempah tiket ke pusingan keempat Terbuka Australia.

Dalam aksi penuh mendebarkan di Rod Laver Arena, Melbourne hari ini, juara bertahan itu mencatat kemenangan 7-6 (7-5), 6-4 dalam tempoh perlawanan selama dua jam enam minit.

Sabalenka yang pernah dua kali menjuarai kejohanan itu, memuji permainan luar biasa Tauson terutama ketika mengejar mata pada set kedua

“Perlawanan yang hebat. Dia bermain dengan sangat baik hari ini. Saya gembira dapat kekal fokus dan memaksa diri ke tahap maksimum untuk memenangi perlawanan ini.

“Pukulan servis saya tidak berapa menjadi dan sedikit berat tetapi saya hanya fokus berusaha perbaiki masalah tersebut.

“Saya gembira dapat menamatkan perlawanan hari ini dengan baik,” katanya yang berjaya mematahkan servis Tauson sebelum menutup perlawanan dengan servis kemenangan.

Sementara itu, dalam kategori perseorangan lelaki, finalis tahun lalu, Daniil Medvedev gagal meneruskan kemaraan apabila tewas kepada pemain remaja Amerika Syarikat berusia 19 tahun, Learner Tien di pusingan kedua awal pagi semalam.

Tien yang beraksi sebagai pemain kelayakan dalam penampilan sulungnya, mengejutkan pemain nombor lima dunia itu dengan kemenangan dramatik 6-3, 7-6 (7/4), 6-7 (8/10), 1-6, 7-6 (10/7) selepas pertarungan epik selama empat jam 48 minit di Arena Margaret Court.

“Sejujurnya sehingga saat ini saya masih belum percaya dengan apa yang berlaku terutama mencatat kemenangan ke atas lawan berpengalaman seperti Medvedev,” ujar Tien. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN