JAKARTA – Sekurang-kurangnya tujuh orang hilang dalam kebakaran di sebuah pusat beli-belah di Jakarta, lapor portal berita Vietnamplus semalam.
Kebakaran berlaku sekitar pukul 5.20 petang (waktu tempatan) di Plaza Glodok pada 15 Januari lalu.
Menurut polis tempatan, ramai pengunjung berada di dalam bangunan semasa kejadian.
“Lebih 40 jentera dan 200 anggota bomba dikerahkan untuk memadam kebakaran.
“Setakat petang semalam, bara api masih dikesan di salah satu bangunan walaupun usaha pemadaman telah memasuki peringkat penyejukan,” kata polis.
Anggota bomba dan polis masih berada di tempat kejadian untuk mengenal pasti punca kebakaran. – AGENSI