MUAR – Sebuah kereta Proton Iswara terbabas memasuki sebuah parit sebelum terbalik dalam kejadian di Parit Limbong, Parit Jawa di sini hari ini.
Satu rakaman video berdurasi satu minit 31 saat tular di laman sosial dikongsikan Malaysia Tribune dipercayai berlaku pagi hari ini.
Menerusi rakaman itu, beberapa orang awam termasuk anggota polis berusaha membantu mangsa yang terlibat.
Bagaimanapun keadaan mangsa masih belum dikenal pasti.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz mengesahkan kejadian dan akan berkongsi maklumat dalam masa terdekat.-KOSMO! ONLINE