fbpx

[VIDEO] Portuguese Man O’ War pula terdampar di Pantai Sura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian ubur-ubur api yang ditemui terdampar di Pantai Sura, Dungun hari ini.

DUNGUN – Empat hari selepas lambakan kerang terdampar di Pantai Sura di sini, puluhan ubur-ubur beracun dikenali Portuguese Man O’ War pula ditemui kawasan sama hari ini.

Kemunculan Portuguese Man O’ War atau juga dipanggil ubur-ubur api itu amat mengejutkan segelintir pengunjung yang masih ghairah mengutip kerang di pesisir pantai berkenaan walaupun dilarang pihak berkuasa.

Hidupan laut itu berpotensi menyebabkan kesakitan, kemerahan dan melepuh pada kulit serta sakit kepala, muntah dan kesukaran bernafas sekiranya tersentuh atau dipijak.

Salah seorang pengunjung mahu dikenali sebagai Zarifah terkejut menjumpai banyak ubur-ubur api tersebut di sekitar 500 meter dari gigi pantai.

“Dari jauh, kita nampak objek seperti gelembung berwarna biru gelap yang cantik di atas pasir.

“Rupa-rupanya ia ubur-ubur api apabila dilihat dekat-dekat. Saya pernah menjumpai hidupan laut sama di Pantai Teluk Bidara di sini sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Pantai Sura di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI