fbpx

Piala Malaysia: JDT pilih aksi berhati-hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT tidak mahu terjerat helah TFC untuk memastikan mereka meraih bekalan selesa pada aksi separuh akhir kedua nanti. - FB JOHOR SOUTHERN TIGER

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada dengan helah Terengganu FC apabila bertemu pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam ini.

Bidoglio berkata, Harimau Selatan akan mempamerkan corak permainan berhati-hati untuk memastikan peluang pasukan itu mempertahankan kejuaraan.

Katanya, skuad kendalian Badrul Afzan Razali itu tidak kurang hebatnya setelah ia dibarisi pemain-pemain berkualiti yang boleh mendatangkan masalah kepada JDT.

“Piala Malaysia amat penting buat JDT dan apabila kami sudah berada di tahap ini, pastinya kami tidak mahu terlepas peluang memburu slot ke final sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.

“Untuk itu, pemain perlu memberi tumpuan penuh di atas padang dan bermain dengan corak permainan yang konsisten, pemain juga tidak boleh melakukan kesilapan mudah sepanjang 90 minit perlawanan itu,” katanya.

Pengendali kelahiran Argentina itu berkata, JDT perlu meneruskan rentak kemenangan dengan memanfaatkan setiap peluang termasuklah situasi bola mati selain mendominasi permainan.

“Kami akan menentang TFC sebanyak tiga kali, dua aksi Piala Malaysia dua kali dan satu aksi Liga Super. Justeru, kita perlu memandang serius pertemuan ini dan sentiasa bersedia dengan perubahan taktikal dilakukan,” ujarnya.

Katanya, semua pemain berada dalam keadaan baik dan bersiap sedia untuk diturunkan setelah melalui tempoh persediaan selama seminggu dan telah merangka perancangan ampuh bagi pertemuan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI