fbpx

Motac sedia bantu jemaah umrah terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ena bercakap kepada pemberita berhubung kumpulan jemaah umrah yang terkandas dipercayai ditipu syarikat pengendali umrah di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), di sini, hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) bersedia membantu jemaah yang terkandas selepas sebuah syarikat perkhidmatan umrah gagal menerbangkan mereka ke Tanah Suci.

Penasihat undang-undang juga aktivitis Mind Pro Management, Ena Ewil berkata, susulan itu, satu prosedur operasi standard (SOP) mengenai isu itu akan diterbitkan sebagai rujukan.

“Garis panduan berkenaan boleh diguna pakai oleh mana-mana jemaah umrah kerana sebahagian besar tiada pengalaman dan tidak tahu apa langkah perlu dilakukan.

“Alhamdulillah, pihak Motac turut memberi jaminan bakal mengeluarkan SOP jika ada selepas ini individu yang terkandas akibat kes serupa,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan sesi pertemuan khas lebih sejam dengan Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Motac, Datuk Mohd. Yusri Mohd. Yusoff.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan bahawa hasil perbincangan dengan pihak kementerian amat positif dan meminta jemaah terbabit agar bersabar kerana proses siasatan masih berjalan.

“Saya juga serah banyak maklumat melibatkan beberapa lagi kes agensi pengembaraan yang bermasalah teruk untuk pemantauan selanjutnya oleh pihak kementerian.

“Kementerian juga sudah lama menyenarai hitam syarikat terbabit dan menyiarkan nama agensi umrah tersebut menerusi laman sesawang Motac,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI