fbpx

Lelaki miliki pakaian tertera lencana PDRM didenda RM50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakaian seragam pegawai peribadi tertera lencana PDRM ditemui bersama suspek.

SEPANG – Seorang lelaki didenda RM50 oleh Mahkamah Majistret Sepang kerana memiliki pakaian tertera lencana kolar milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tertuduh sebelum itu ditahan pada 12 Disember lalu di kawasan Kipmal Sentral, Kota Warisan di sini kerana didapati memiliki peralatan PDRM.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan G Shan Gopal berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan ketika memandu kereta jenis Proton Gen2.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut menemui sepasang uniform pengawal peribadi yang menggunakan lencana kolar milik pdrm.

“Ketika ditahan, lelaki itu gagal memberikan alasan munasabah bagaimana memiliki barangan tersebut.

“Ujian saringan air kencing juga negatif dan semakan mendapati lelaki itu memiliki tiga rekod lampau berkaitan kesalahan dadah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, lelaki itu dihadapkan ke mahkamah Rabu lalu dan dituduh mengikut Seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI