fbpx

KPM cadang perluas Baucar Buku Madani untuk warga pendidik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (berdiri, belakang) hadir Majlis Penyerahan Cek Cura BAP Tahun 2025 Peringkat Negeri di SK Seri Tasek, hari ini.

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) merangka cadangan untuk memperluaskan Inisiatif pemberian Baucar Buku Madani kepada warga pendidik di sekolah seluruh negara nanti.

Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek berkata, ini berikutan kejayaan program penebusan baucar buku oleh pelajar sekolah melibatkan seluruh kawasan luar bandar yang mencapai sehingga 100 peratus tahun lalu.

Menurutnya, cadangan tersebut bagaimanapun akan dibincangkan di peringkat Kabinet dalam tempoh terdekat.

“Dalam perbincangan (mesyuarat Kabinet) itu nanti, kita jug akan laporkan mengenai kejayaan (pemberian) baucar buku ini (sepanjang tahun lalu).

“Jadi kita nampak komitmen itu ada, rakyat Malaysia menggunakan sepenuhnya baucar buku ini untuk menembus pembacaan yang baik dan ia memberikan kesan langsung kepada budaya membaca dan peningkatan pembacaan kalangan anak-anak kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tasek di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, inisiatif penebusan Baucar Buku Madani telah memberi manfaat kepada lebih 3.5 juta pelajar melibatkan sebanyak RM286 juta dan penebusan 100 peratus baucar itu melibatkan kira-kira 7.8 juta bahan bacaan sepanjang tahun 2024.

Bantuan berjumlah RM33.9 juta diberikan kepada 226,004 murid di seluruh sekolah Rendah dan Menengah Pulau Pinang bagi sesi persekolahan 2025/2026.

Pemberian baucar buku untuk pelajar sekolah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun lalu dengan murid Tahun 4 hingga Tahun 6 menerima bancar bernilai RM50 manakala pelajar sekolah menengah dan institusi pendidikan tinggi (IPT) pula menerima baucar RM100. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI