PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan tidak ada perebutan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada Kongres Pemilihan Penggal 2025-2028 yang akan berlangsung pada 15 Februari depan.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan FAM sebentar tadi, FAM mengesahkan Datuk Joehari Mohd Ayub menjadi calon tunggal pada kongres kali ini sekali gus mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Tan Sri Hamidin Mohd. Amin.
Selain jawatan ‘supremo’ itu, posisi Timbalan Presiden juga tidak tercabar apabila dijangka kekal menjadi milik penyandang terdahulu, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan FAM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said berkata, bagi menandingi jawatan-jawatan penting seseorang calon itu perlu mendapatkan pencalonan minimum dari ahli-ahli gabungan FAM.
“Bagi menandingi jawatan Presiden, seseorang calon itu perlu mendapatkan sekurang-kurangnya enam pencalonan dari ahli-ahli gabungan FAM manakala bagi jawatan Timbalan Presiden memerlukan lima pencalonan,” katanya.
Sementara itu, Abdullah turut mengesahkan semua 29 calon yang layak bakal merebut 17 kerusi dalam Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM bagi tempoh empat tahun akan datang.
“Selepas proses pengiraan, hanya 29 orang calon yang akan diberikan Borang Pengesahan Penerimaan Pencalonan memandangkan baki 10 orang calon lain itu tidak mendapat jumlah pencalonan minimum.
“Calon-calon yang layak untuk bertanding ini akan diberikan Borang Pengesahan Penerimaan Pencalonan untuk mereka membalas semula borang berkenaan selewat-lewatnya pada 23 Januari depan untuk,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Senarai lengkap calon Kongres Pemilihan FAM
PRESIDEN
1. DATUK MOHD JOEHARI MOHD AYUB
TIMBALAN PRESIDEN
DATUK MOHD YUSOFF MAHADI
DATUK S. SIVASUNDARAM
NAIB PRESIDEN
DATUK SERI HJ. ROSMADI ISMAIL
N. SAARAN
DATO’ MOHD AZHAR JAMALUDDIN
DATO’ DOLLAH SALLEH
SYED YAZID SYED OMAR
EXCO
DATUK HISAMUDIN YAHAYA
TANG CHEE HONG
MOHD AZIZUDIN MOHD SHARIFF
HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
DATUK ZAINAL ABIDIN HASSAN
ZULKIFLI CHE HARUN
DATUK KAMARUDIN HASSAN
MD. DALI WAHID
DATUK ADLY SHAH AHMAD TAH
DATUK SERI MOHD YUSRI HASSAN BASRI
DATUK MOHD AZHAR JAMALUDDIN
DATUK DR. FATHUL BARI MAT JAHYA
DATUK DOLLAH SALLEH
CHRISTOPHER RAJ
DATUK DR. P. SUGUMARAN
DATUK SERI AFANDI HAMZAH
DATUK MUSTAPHA NAGOOR
ZAMRI IBRAHIM
EXCO WANITA
DATUK SURAYA YAACOB
DR. SITI FAIDUL MAISARAH ABDULLAH
DATUK DR. FADILAH SARBI
MIMI AFZAN AFZA
NUR IZWANI AZMAN