fbpx

Jurutera, pemilik syarikat mengaku bersalah kes suapan projek pembinaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUCHING – Seorang jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pemilik syarikat masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Kuching di sini atas pertuduhan menerima dan memberi suapan.

kedua-dua tertuduh iaitu Minjo Simanding, 46, dan Wilson Law Hee Huat, 49, yang diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan tersebut dan mohon dibicarakan.

Pemilik syarikat yang merupakan tertuduh kedua didakwa memberi sogokan kepada tertuduh pertama seorang jurutera bagi membantu syarikat-syarikat di bawah milikan dan kawalannya untuk mendapatkan projek pembinaan di JKR Sri Aman.

Tertuduh pertama juga didakwa menerima bayaran Perodua Myvi berjumlah RM6,412.22 daripada tertuduh kedua yang mana syarikatnya diketahui mempunyai fungsi rasmi dengan tertuduh.

Hakim Steve Ritikos membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 setiap seorang dengan seorang penjamin. Sebutan semula kes ditetapkan pada 14 April ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI