fbpx

Idea, dorongan isteri juga boleh dituntut dalam harta pencarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang isteri yang tidak bekerja namun menyumbang idea dalam rumah tangga serta sentiasa memberi dorongan kepada suami sepanjang tempoh perkahwinan mereka berhak menuntut harta sepencarian selepas berlaku perceraian atau kematian.

Peguam Syarie, Khairul Fahmi Ramli berkata, isteri yang tidak bekerja boleh dan mempunyai hak untuk menuntut harta sepencarian berdasarkan sumbangan tidak langsung.

“Sumbangan tidak langsung yang dimaksudkan merujuk kepada sumbangan isteri dalam menguruskan keluarga dan anak-anak sepanjang suami keluar bekerja.

“Idea serta dorongan isteri terhadap kerjaya dan kejayaan suami juga dikira sebagai sumbangan tidak langsung yang boleh dituntut oleh isteri sebagai harta sepencarian,” katanya dalam satu perkongsian di kumpulan Telegram.

Menurut Khairul Fahmi, definisi harta sepencarian adalah harta yang diperoleh bersama oleh suami dan isteri dalam tempoh perkahwinan mereka.

Katanya, bahagian pihak suami atau isteri akan ditentukan berdasarkan jumlah sumbangan mereka ke atas harta sepencarian tersebut.

“Sumbangan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sumbangan secara langsung dan secara tidak langsung.

“Contoh sumbangan secara langsung pula merujuk kepada wang deposit pembelian harta, bayaran ansuran bulanan, kos renovasi, pembayaran cukai atau yuran penyelenggaraan dan lain-lain,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI