fbpx

Hakim puji anggota polis tolak rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Rosyid ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.

SHAH ALAM – Hakim Mahkamah Sesyen di sini memuji sikap anggota polis yang menolak sogokan daripada seorang buruh binaan Indonesia untuk melepaskan diri daripada dikenakan tindakan disebabkan tidak mempunyai lesen memandu dan cukai tamat tempoh, Isnin lalu.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud bagaimanapun menjatuhi hukuman denda RM4, 000 kepada Mohammad Rosyid, 28, yang mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan penjara empat bulan sekiranya tertuduh tidak membayar denda itu.

Awang Kerisnada dalam penghakimannya berharap hukuman itu dapat memberikan pengajaran berguna kepada tertuduh.

“Saya setuju tidak beri hukuman penjara namun saya mahu kamu ambil mengambil pengajaran. Mensabitkan kesalahan itu adalah disebabkan kamu cuba mengelakkan diri daripada dikenakan tindakan undang-undang (atas cubaan rasuah).

“Rakamkan penghargaan kita kepada anggota polis itu (yang menolak rasuah),” tegasnya.

Mohammad Rosyid didakwa telah memberi suapan wang tunai berjumlah RM100 kepada seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal Balai Polis Bestari Jaya.

Ini sebagai balasan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya atas kesalahan tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di hadapan sebuah sekolah menengah di Bestari Jaya kira-kira pukul 11.15 pagi, Isnin lalu.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan.

Peguam Muhammad Fairul Ezany Said dalam mitigasinya merayu denda minima dibawah RM10, 000 susulan anak guamnya perlu menanggung keluarga di Indonesia.

“Tertuduh baharu lima tahun bekerja di Malaysia sebagai buruh binaan dan insaf serta berjanji tidak mengulanginya. Beri dia peluang terus bekerja dan menjadi pencari nafkah untuk keluarga,” katanya.

Mohammad Rosyid turut memohon maaf dan tidak tahu perbuatannya itu adalah salah.

Timbalan Pendakwa Raya Muaz Ahmad Khairuddin memohon mahkamah mengambil keseluruhan fakta dalam menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan cubaan seorang buruh binaan warga Indonesia menyogok anggota polis sebanyak RM100 kerana tidak mempunyai lesen memandu memakan diri apabila direman lima hari membantu siasatan kes itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI