fbpx

Gencatan senjata Gaza tak jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH bangunan diletupkan Israel di utara Gaza, semalam. - Foto AFP

TEL AVIV – Perdana Menteri, Israel Benjamin Netanyahu menyatakan bahawa perjanjian gencatan senjata Gaza  yang sudah lama ditunggu-tunggu ditangguhkan kerana masalah pada saat akhir, lapor akhbar New York Post semalam.

Netanyahu menangguhkan tarikh Kabinetnya mengundi bagi meluluskan perjanjian gencatan senjata itu yang sepatutnya dilakukan semalam.

Sebaliknya, beliau menuduh Hamas melakukan percubaan memeras ugut pada saat-saat akhir.

“Israel tidak akan menetapkan tarikh mesyuarat Kabinet dan kerajaan sehingga pihak pengantara mengumumkan bahawa semua butiran perjanjian itu telah diluluskan oleh Hamas,” kata pejabatnya.

Kumpulan pejuang Palestin itu sebelum ini membantah sebahagian daripada perjanjian tersebut yang memberi hak kepada Israel untuk menolak pembebasan tahanan Palestin tertentu yang dituduh melakukan pembunuhan.

“Hamas menuntut agar ia menentukan identiti tahanan yang akan dibebaskan,” kata pejabat Netanyahu dalam satu kenyataan.

Seorang pegawai kanan Hamas, Izzat al-Rashq bagaimanapun menafikan kenyataan itu dengan berkata, pihaknya tetap komited dengan perjanjian gencatan senjata tersebut yang diumumkan pada Rabu lalu. 

Namun, Israel berkongsi video awal semalam mengenai pemimpin Hamas, Khalil al-Haya yang seolah-olah bertindak balas terhadap perjanjian itu dengan menyatakan komitmen berterusan terhadap perjuangan bagi menentang negara haram tersebut.

“Apa yang berlaku pada 7 Oktober 2023 ialah pencapaian ketenteraan dan keselamatan yang menakjubkan oleh Briged Qassam elit (dan) akan kekal sebagai sumber kebanggaan bagi rakyat kita,” kata al-Haya dalam ucapan itu yang merujuk kepada serangan Hamas di selatan Israel.

Israel memperoleh video itu yang dikongsi oleh seorang diplomatnya, David Saranga.

“Ia menyentuh hati musuh dan akan membawa, insya Allah, kepada pemulihan semua hak kami,” kata Khalil dengan menuduh Israel melakukan peperangan genosid, jenayah Nazi dan tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas warga Palestin.

“Kami tidak akan melupakan atau memaafkan mereka yang mengambil bahagian dalam pembunuhan beramai-ramai ini. Penjenayah ini akan berdepan keadilan  walaupun tertangguh,” Khalil  dipetik sebagai berkata. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI