fbpx

Bekas pemain Real calon terbaik buat Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA masih dianggap sebagai penggempur berbisa dan memiliki naluri gol yang hebat biarpun pada usiannya ketika ini. - AFP

LONDON – Arsenal digesa untuk mendapatkan khidmat penyerang Al-Ittihad, Karim Benzema secara pinjaman untuk tempoh baki saingan musim ini bagi memastikan impian mereka menamatkan kemarau 20 tahun kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Masalah kecederaan yang menimpa Bukayo Saka dan ketumpulan penyudah Kai Havertz menyebabkan Arsenal perlu mengambil langkah terdesak tersebut selepas mereka gagal melakukannya sejak dua musim lalu ketika memiliki peluang besar meraih kejuaraan.

Selain itu, The Gunners turut ditimpa malang dengan berita kecederaan anterior cruciat ligament (ACL) yang dihadapi penyerang mereka, Gabriel Jesus ketika aksi pusingan ketiga Piala FA menentang Manchester United sebelum ini.

Pengulas bola sepak England, Ally McCoits dalam satu temubual sebelum ini mengakui posisi serangan adalah yang paling penting dan perlu segera diselesaikan oleh pengendali pasukan itu, Mikel Arteta.

“Jika saya pengurus Arsenal, saya akan pergi mendapatkan Karim Benzema. Mungkin untuk tempoh pinjaman selama enam bulan,” katanya.
Benzema, 37, membuktikan bahawa dia adalah penyerang tulen yang sangat hebat dalam sejarah bola sepak modem apabila merangkul lima gelaran Liga Juara-Juara bersama Real Madrid dan turut dinobat sebagai pemenang anugerah Ballon d’Or pada 2022.

Selepas menamatkan kerjayanya di Santiago Bernebeu, Benzema menyertai Al Ittihad dan musim ini menyaksikan dia meledak 12 gol dalam 13 penampilan sekali gus menyaksikan sentuhannya masih berbisa.

McCoist berpendapat, Arsenal perlu menggunakan kesempatan ketajaman Benzema yang masih belum berkarat itu untuk membantu mereka memburu kedudukan pendahulu, Liverpool yang semakin goyah ketika jendela perpindahan musim sejuk masih dibuka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI