fbpx

Barcelona pamer kelas lima bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAMAL (kiri) berjaya menjaringkan gol kelima Barcelona ke atas Real Betis untuk mara ke suku akhir Piala Raja Sepanyol. - AFP

BARCELONA – Ketua jurulatih Barcelona, Hansi Flick memuji prestasi pemain apabila sekali lagi mempamerkan aksi sempurna selepas mara ke suku akhir Piala Raja Sepanyol dengan menewaskan Real Betis 5-1 awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, The Catalans yang masih segar dengan kejayaan menjuari Piala Super Sepanyol berjaya meraih kemenangan hasil jaringan lima pemain berbeza bermula Gavi, Joules Kounde, Raphinha, Ferran Torres dan Lamine Yamal.

Kata Flick, apa yang dipamerkan oleh pasukan sangat luar biasa dan mahu momentum tersebut diteruskan apabila saingan La Liga bersambung minggu ini.

“Ini adalah keputusan yang cukup penting kerana selepas menjuarai Piala Super Sepanyol, kami dapat lihat motivasi pasukan semakin meningkat dan berjaya mendominasi perlawanan sejurus wisel permulaan ditiupkan.

“Saya harap penyokong juga gembira dengan apa yang mereka saksikan kerana semua pemain bekerja keras di atas padang dan ini adalah permulaan yang sempurna buat pasukan pada tahun baharu,” katanya.

Sementara itu, Flick turut mengesahkan pemain pertahanan utama, Ronald Araujo akan kekal di Camp Nou memandangkan masih ada kontrak sehingga tahun depan meskipun dikaitkan bakal dijual pada jendela perpindahan bulan ini.

“Saya langsung tidak meragui kesetiaan Araujo kerana dia masih terikat kontrak dengan pasukan. Namun, kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan tetapi yang penting dia beraksi cemerlang dan profesional di atas padang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI