fbpx

4 legenda ‘langgar’ Singapura Februari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GABUNGAN Nash, Zamani, Ameng, dan Jatt Ali pasti akan menggali nostalgia penonton yang barangkali sudah lama sebati menikmati lagu empat legenda terbabit.

EPIK, itu definisi tepat untuk menggambarkan konsert yang bakal menampilkan empat nama gah bersuara emas pada sebuah konsert diberi nama Hitster Vol 1 – Otai Sangat Menyengat.

Persembahan berkenaan menjadikan pentas The Star Theatre, Singapura pada 1 Februari nanti sebagai medan penyatuan emosi, kenangan dan muzik abadi yang mengalir dalam jiwa setiap generasi.

MUSE+, sebagai peneraju acara tersebut, melakar sejarah dengan menyatukan Datuk Nash, Zamani, Ameng Spring dan Jatt Ali iaitu empat figura agung yang tidak pernah pudar sinarnya.

Deretan nama tersebut bukan sekadar vokalis tetapi pelakar era keemasan industri muzik tanah air.

Bakat lama, penghormatan

Ujar Pengarah Urusan MUSE+, Atrez, pihaknya sentiasa menghormati dan menghargai bakat lama yang dimiliki bintang legenda dan atas alasan itu, mereka menjanjikan sebuah konsert dengan konsep unik.

“Konsert ini adalah penghormatan kepada warisan muzik yang merentasi zaman. 

“Gabungan mereka bukan sahaja simbol nostalgia tetapi juga bukti bahawa muzik yang berkualiti akan sentiasa dekat di hati peminat, tidak kira usia,” katanya.

Tambahnya, pemilihan Datuk Nash, Zamani, Ameng dan Jatt Ali dibuat dengan teliti dan melalui pelbagai proses. 

“Mereka adalah ikon yang setiap lagunya membawa makna mendalam dan menyentuh semua generasi. 

“Konsert ini adalah tanda penghormatan kepada bakat hebat yang telah menyemarakkan seni muzik kita,” ujarnya.

Malam itu nanti, vokalis Lefthanded, Nash yang menjadi suara kebanggaan dengan lagu-lagu ikonik seperti Pada Syurga Di Wajahmu akan berpadu energi dengan Zamani Slam yang sentiasa menjadi suara rindu hati. 

Tidak ketinggalan, Ameng Spring dengan Sampai Hati yang menusuk sukma, serta Jatt Ali dari Black Dog Bone yang pernah mendominasi era 70-an dengan Khayalan. 

Ironinya, malam tersebut akan menyaksikan empat permata, satu pentas bersaksikan satu malam luar biasa.

Sementara itu, Zamani menyifatkan pembabitan dalam Konsert Hitster Vol 1 – Otai Sangat Menyengat sebagai sebuah penghormatan apa lagi pertama kali berkongsi pentas bersama bersama rakan seni seperjuangan.

“Saya sangat teruja. Ini bukan sekadar konsert, tetapi perjalanan yang membawa kita menyusuri kenangan yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup semua. 

“Syabas buat penganjur kerana merealisasikan impian yang luar biasa ini,” ujarnya.

Konsert Hitster Vol 1 – Otai Sangat Menyengat  bukan hanya persembahan, tetapi sebuah pentas magis yang menghidupkan semula detik-detik manis dalam kehidupan. 

Lagu-lagu yang pernah menjadi soundtrack cinta, air mata, dan kebahagiaan akan berkumandang sekali gus menyentuh hati semua.

Tiket kini dijual menerusi www.STARTIX.SG bermula dari $98 (GOLD) hingga $248 (VIP & MEET & GREET) untuk peluang bertemu dengan legenda-legenda ini secara eksklusif.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI