fbpx

Wujud cubaan sebar ajaran The Ahmadi di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah JAIM, Md. Azhan Samat menunjukkan kain rentang mempromosikan ajaran The Ahmadi digantung pada jejantas di Peringgit Jaya, Melaka. PIX/ MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan wujud cubaan menyebarkan ajaran sesat The Ahmadi di negeri ini susulan sehelai kain rentang yang mempromosikan fahaman itu dikesan digantung pada jejantas Lebuh AMJ di Peringgit Jaya di sini, pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini ajaran The Ahmadi yang difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa negeri pada 3 Oktober tahun lalu masih belum bertapak di Melaka.

Kata beliau, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) memandang serius cubaan tersebut dan akan bertindak tegas untuk mengekangnya fahaman berkenaan.

“Ini tindakan (gantung kain rentang) pertama yang dikesan berlaku di negeri ini dan dipercayai dilakukan pihak tidak bertanggungjawab pada waktu malam. Pada pendapat saya mungkin ada gerakan awal untuk mengembangkan ajaran ini di Melaka.

“Setakat ini kita tidak berdepan isu-isu ini tetapi kita tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba menyebarkan ajaran The Ahmadi kecuali mereka menyerah diri dan memohon bimbingan JAIM,” katanya ketika ditemui selepas meninjau lokasi kain rentang digantung di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, sehelai kain rentang ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light dikesan digantung pada jejantas di Peringgit Jaya pagi tadi.

Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! pada pukul 12 tengah hari tadi mendapati kain berwarna putih yang memaparkan tulisan ‘Abdullah Hashem adalah al-Mahdi dan ‘Ahmadi agama keamanan dan cahaya’ telah diturunkan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI