fbpx

WTCKL anjur program infaq bantu gelandangan, miskin bandar sekitar ibu kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pengurusan WTCKL, USIM, FFG, RHMC dan Creative 7 Legacy bergambar pada majlis pelancaran program Infaq Kasih 2.0 x USIM Living Lab di ibu negara, semalam.

KUALA LUMPUR – Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) melancarkan program Infaq Kasih 2.0 x USIM Living Lab sebagai inisiatif berterusan dalam membantu golongan memerlukan terutama gelandangan dan miskin bandar di sekitar ibu kota pada Ramadan ini.

Bagi merealisasikan misi ini, WTCKL turut bekerjasama dengan Food For Gelandangan (FFG), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Rumah Kebajikan Ronald McDonalds (RMHC) serta mendapat sokongan daripada Creative 7 Legacy.

Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, program ini turut memberi fokus terhadap tanggungjawab sebagai masyarakat prihatin dengan nasib orang lain yang lebih memerlukan.

“Pendedahan dan kesedaran yang lebih akan diberikan kepada masyarakat menerusi pengagihan barang yang telah diinfaqkan kerana mereka akan dapat melihat sendiri keadaan golongan yang dibantu.

“Ia merupakan satu projek dimana kita akan memberi sinar harapan melalui bantuan serta keselesaan dari barangan yang diberikan kepada mereka yang kurang bernasib baik,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program itu di sini semalam.

Katanya, proses pengumpulan barang yang ingin diinfaqkan akan bermula pada pertengahan bulan Februari.

“Antara barangan atau keperluan asas yang boleh diinfaqkan adalah seperti pakaian, mainan terpakai, keperluan asas seperti sabun dan juga makanan kering.

“Aktiviti pengagihan akan berlangsung pada 21 Mac, di mana kita akan berkumpul di WTCKL dan bergerak ke lokasi yang telah ditetapkan iaitu di beberapa kawasan gelandangan dan miskin bandar di Kuala Lumpur,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI