fbpx

Warga emas hilang ketika lawat kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OPERASI mencari dan menyelamat seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika masuk kebun di Batu 17 Jalan Kluang - Kahang sejak petang semalam.

KLUANG – Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang ketika memasuki kebun dengan menunggang motosikal dalam kejadian di Batu 17 Jalan Kluang – Kahang petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kehilangan dilaporkan pada pukul 4.30 petang semalam melibatkan Lee Siew Hat berusia 73 Tahun dan tinggal di Taman Kahang Baru di Kahang.

Katanya, pihak polis telah menerima laporan daripada seorang wanita dipercayai isteri kepada warga emas berkenaan yang menyatakan mangsa telah keluar rumah untuk pergi melihat kebunnya di Batu 17 Kahang seterus memohon bantuan untuk mencarinya.

“Bertindak daripada laporan itu, polis bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang serta Pasukan Bomba Sukarela Kahang telah membantu melakukan di kawasan kebun dimaksudkan namun gagal menemui mangsa.

“Semasa pencari dilakukan telah berjumpa dengan pengawal keselamatan kebun dan mengatakan motorsikal orang hilang (OH) bernombor pendaftaran JJV 2131 telah dicatatkan masuk pada pukul 9.12 pagi dan telah keluar pada pukul 11.13 pagi,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, carian diteruskan dan sehingga kini belum dapat dikesan kerana kawasan yang sangat luas dan tidak tahu laluan yang digunakan oleh orang hilang (OH) ke kebunnya dan mempunyai banyak laluan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI