PETALING JAYA – Seorang guru sanggup memasak sendiri menu makanan laut atau ‘shellout’ untuk pelajar kelasnya sempena jamuan akhir tahun 2024 atas permintaan mereka.
Video pelajar tersebut sedang menikmati ‘shellout’ itu dikongsikan oleh guru tersebut menerusi TikTok Arein_88 dan dia menerima pujian daripada pengguna media sosial.
“Jamuan akhir tahun 2024, alhamdulillah. Jamuan ‘shellout’ di kelas. Ya masak, dia orang minta nak cikgu masak,” katanya pada kapsyen dan membalas komen daripada orang ramai.
Menerusi ruangan komen, pengguna media sosial bukan sahaja memuji tindakan guru tersebut, malah ramai yang mengimbas kenangan jamuan akhir tahun di kelas sewaktu zaman sekolah.
“Idea luar dari kotak, pertama kali tengok jamuan kelas makan ‘shellout’,” komen seorang pengguna TikTok.
“Kepada ibu bapa dan netizen, tahu tak zaman ni guru-guru sangat-sangat menghargai anak-anak kalian. Duit itu tak payah cakap lah, tapi cikgu ni tak minta apa pun. Cuma harapkan reda Allah, itu saja,” kata individu lain.
“Aku dah buat tahun 90-an dulu masak nasi tomato, ayam masak merah, buah tembikai, air sirap. Itu pun dah seronok sanagt-sangat,” ujar pengguna TikTok lain. – KOSMO! ONLINE
@arein_id88Jamuan akhir tahun 2024 😁😁 Alhamdulillah…