PETALING JAYA – Selepas mengejutkan ramai dengan perceraian Oktober tahun lalu, penyanyi Kaka Azraff mengundang tanda tanya ramai apabila didakwa sudah kembali rujuk dengan bekas suaminya, Adam Azriff.
Perkara tersebut mula menjadi perbualan selepas Adam memuat naik foto mereka bersama ketika menghadiri sebuah acara fesyen baru-baru ini.
Meneurusi perkongsian tersebut, Adam turut meluahkan rasa cinta dan syukur dengan aturan Allah SWT mengenai jodoh mereka.
“Apabila mereka mengatakan segala-galanya telah pun tertulis, saya berdoa kepada Allah agar namamu tertulis di sebelahku. ‘I love you a trillion’,” katanya.
Sementara netizen dalam ruangan komen melahirkan rasa syukur melihat pasangan itu rujuk sebagai suami isteri.
“Cinta akan selalu menang. Alhamdulillah, sukanya lihat mereka kembali jadi suami isteri,” demikian antara titipan kata peminat.
Semalam, Kosmo! Online melaporkan seorang artis wanita terkenal didakwa telah kembali rujuk bersama bekas suaminya dalam tempoh idah.
Terdahulu, Kaka dan Adam sah bercerai talak satu dan pengesahan lafaz cerai itu difahamkan dilakukan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 28 Oktober lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 6, dan Aryan, 4 dan Atta Adam yang kini berusia setahun. – KOSMO! ONLINE