RANAU – Sebuah homestay ranap akibat tanah runtuh berikutan hujan lebat berterusan dalam kajadian di Kundasang petang tadi.
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian sekitar pukul 5.15 petang itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.32 petang.
“Sepasukan tiga anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian diarahkan ke lokasi kejadian bagi memantau situasi.
“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati memang terdapat kejadian tanah runtuh hingga menyebabkan kerosakan sebuah homestay.
“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dan tindakan pasukan bomba membuat pemantauan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, pasukan bomba menasihatkan penduduk di sekitar untuk berpindah ke tempat selamat. -KOSMO! ONLINE.